The Amazing Race Asia 4
| The Amazing Race Asia 4 | |
| Logo The Amazing Race Asia | |
| Tayangan | 23 September 2010 – 9 Disember 2010 |
|---|---|
| Penggambaran | Jun 2010 – Julai 2010 |
| Bilangan episod | 11 (12 termasuk recap) |
| Pasukan menang | Richard & Richard |
| Benua dilawati | 2 |
| Negara dilawati | 8 |
| Bandar dilawati | 25 |
| Jarak perjalanan | 38,000 kilometer (23,613 batu) |
| Bilangan pusingan | 10 |
| Kronologi musim | |
| Sebelum | The Amazing Race Asia 3 |
| Kemudian | The Amazing Race Asia 5 |
The Amazing Race Asia 4 adalah siri keempat rancangan televisyen realiti The Amazing Race Asia. The Amazing Race Asia 4 menampilkan beberapa pasukan dua orang, masing-masing dengan hubungan sedia ada, dalam perlumbaan di seluruh dunia. Dijadualkan dikeluarkan pada 2009, rancangan ini bagaimanapun ditunda ke 2010. Ia merupakan siri pertama Amazing Race yang difilemkan dan disiarkan dalam bentuk definisi tinggi.
Permohonan peserta berakhir pada 31 Mac 2010, selepas lanjutan singkat kerana permintaan popular. Wawancara peserta separuh akhir dan akhir diadakan antara bulan Mac / April. Penggambaran berlangsung antara bulan Jun dan Julai 2010.
Identiti para peserta didedahkan pada 2 September 2010. Tayangan perdana musim ini ialah pada 23 September 2010. Episod perdananya juga dipaparkan di tapak web AXN pada 16 September 2010.
Sebuah episod khas ditayangkan pada 2 Disember 2010, iaitu seminggu sebelum episod akhir.
Pasukan Filipina Richard Hardin & Richard Herrera muncul sebagai pemenang.