The Amazing Race Asia 2

The Amazing Race Asia 2
Tayangan 22 November 2007
14 Februari 2008
Penggambaran Julai 2007
Bilangan episod 13
Pasukan menang Collin & Adrian
Benua dilawati 4
Negara dilawati 10
Bandar dilawati 20
Jarak perjalanan 51,534 kilometer
(32,023 batu)
Bilangan pusingan 12
Kronologi musim
Sebelum The Amazing Race Asia 1
Kemudian The Amazing Race Asia 3

The Amazing Race Asia 2 merupakan musim kedua daripada rancangan reality The Amazing Race Asia. Rancangan ini memaparkan sepuluh pasukan yang terdiri daripada 2 orang peserta yang saling berhubungan, dalam perlumbaan keliling dunia untuk memenangi AS$100,000.

Permohonan terakhir diterima pada 13 April 2007 (dua minggu selepas tarikh tutup yang asal). Bagi musim ini, penduduk Jepun turut dibuka peluangnya selepas tidak berpeluang menyertainya dalam Musim 1. Temubual terakhir dijalankan lebih kurang pada April atau Mei 2007. Penggambaran diambil pada Jun atau Julai 2007.

Sekali lagi, Allan Wu mengacarakan perlumbaan ini. Dia juga memberi ulasan yang perlumbaan kali ini akan pergi "sangat jauh buat kali ini", dan lebih banyak peluang untuk peserta memandu sendiri. Dia juga mengatakan yang tidak semua peserta akan berada dalam penerbangan yang sama dan juga beberapa peraturan baru dikenakan.

Dari temubual Channel NewsAsia pada 1 Oktober 2007, Allan mengatakan yang pasukan kali mempunyai banyak perbezaan masa daftar masuk ke Perhentian dan juag peserta sangat berdaya saing serta berdedikasi hinggakan sanggup berbuat sesuatu yang drastik untuk mara.

Musim kali ini pertama kali ditayangkan pada 22 November 2007 pukul 9 malam waktu Malaysia.