Tetap Menanti (Album 1982)
| Tetap Menanti | ||||
|---|---|---|---|---|
| Album studio oleh | ||||
| Dilancarkan pada | 1982 | |||
| Dirakamkan pada | 1982 | |||
| Tempat | Malaysia | |||
| Genre | Pop Blues Dangdut | |||
| Bahasa | Bahasa Melayu Malaysia | |||
| Syarikat | Life Records (Hup Hup Music) | |||
| Penerbit | Ben Teoh Suprianto | |||
| Kronologi Rahim Maarof | ||||
| ||||
| Single daripada Tetap Menanti | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
Tetap Menanti merupakan album studio solo ketiga penyanyi popular Rahim Maarof yang disifatkan sebagai album pop paling popular pada tahun 1982-83. Ia diterbitkan oleh Ben Suprianto dan menyaksikan Rahim popular dengan lagu "Lizawati" yang berentak dangdut. Album ini meluncurkan empat buah single lagi selain "Lizawati" iaitu lagu "Cinta Pertama", "Tetap Menanti", "Pura-pura Malu" dan "Mungkihkah Kembali". Album ini juga menyaksikan kerjasama Rahim bersama penyanyi popular era tersebut Elaine Kang menyumbangkan dua buah lagu.