Jangan Marah Marah (Album 1981)
| Jangan Marah Marah | ||||
|---|---|---|---|---|
| Album studio oleh | ||||
| Dilancarkan pada | 1981 | |||
| Dirakamkan pada | 1981 | |||
| Tempat | Malaysia | |||
| Genre | Pop Reaggae Blues | |||
| Bahasa | Bahasa Melayu Malaysia | |||
| Syarikat | Life Records (Hup Hup Music) | |||
| Penerbit | Ben Teoh Suprianto | |||
| Kronologi Rahim Maarof | ||||
| ||||
| Single daripada Jangan Marah Marah | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
Jangan Marah Marah merupakan album kedua penyanyi Rahim Maarof yang diterbitkan sebagai "volume II", susulan daripada kejayaan album sulung beliau pada tahun 1981. Album ini menyusul setelah 10 bulan album sulung di pasaran. Masih mengekal muzik pop tetapi kali ini ditambah dengan elemen blues dan reaggae.
Empat buah single yang popular daripada album ini ialah "Derita Batinku" "Jangan Marah Marah" dengan susunan reaggae, "Nasihat Abang" dan "Hanya Kenangan" yang menjadi lagu Rahim yang paling dekat dengan elemen slow rock. Semua lagu ini popular sepanjang tahun 1982. Masih mengekalkan Ben Suprianto sebagai penerbit, album ini mendapat sambutan ramai dan mengukuhkan lagi nama Rahim Maarof berbanding album sulung yang mengandungi 12 buah lagu, album ini hanya memuatkan 10 buah lagu kerana faktor durasi untuk rakaman piring hitam.