Aku Masih Setia Padamu (Album 1983)
| Aku Masih Setia Padamu | ||||
|---|---|---|---|---|
| Album studio oleh | ||||
| Dilancarkan pada | 1983 | |||
| Dirakamkan pada | 1983 | |||
| Tempat | Malaysia | |||
| Genre | Pop Blues Dangdut R&B Jazz | |||
| Bahasa | Bahasa Melayu Malaysia | |||
| Syarikat | Life Records (Hup Hup Music) | |||
| Penerbit | Eddy Nor Ali | |||
| Kronologi Rahim Maarof | ||||
| ||||
| Single daripada Aku Masih Setia Padamu | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
Aku Masih Setia Padamu merupakan album studio keempat Rahim Maarof yang dipasarkan pada lewat tahun 1983. Album ini merupakan album Rahim pertama yang tidak sepenuhnya melibatkan penerbit Ben Suprianto . Album ini menyaksikan beliau terus mendapat sambutan setelah kejayaan album ketiga sebelum ini. Nama-nama hebat dalam industri muzik Pop seperti Micheal Veerapen, Ooi Eow Jin , Ruslan Imam dan Danny Francisco ditampilkan sebagai penggubah bersama penerbit Eddy Nor Ali Ben Suprianto pula hanya menyumbangkan dua buah lagu. Rahim juga pertama kali bekerjasama dengan penulis lirik hebat Habsah Hassan.
. Album ini disifatkan sebagai eksperimental buat Rahim.
Lagu yang popular sepanjang tahun 1983-84 daripada album ini ialah "Peronda Cinta", "Aku Masih Setia Padamu", "Malam Minggu Duniaku" dan "Cintanya Di Hujung Senja" . Album ini mencatat jualan memberansangkan biarpun tidak sepopular album terdahulu. Pujian pengkritik bagaimanapun diberikan kepada album ini kerana kualiti rakaman dan susunan muziknya. Album ini menjadi album terakhir Rahim bersama Life Records, kontrak tidak disambung apabila penyanyi itu mahu mengejar peluang merakamkan album bergenre rock menerusi penyertaan Rahim bersama kugirannya dalam Battle of the Bands.