Tentera Udara Diraja British
| Tentera Udara Diraja | |
|---|---|
| Ditubuhkan pada | 1 April 1918 (107 tahun) |
| Negara | United Kingdom |
| Kesetiaan | Raja Charles III |
| Jenis | Tentera udara |
| Peranan | Peperangan udara |
| Saiz | 37,200 anggota Tetap dan RAuxAF 33,980 anggota Simpanan Senarai pesawat |
| Sebahagian daripada | Angkatan Tentera British |
| Pejabat Staf Udara | Bangunan Utama Kementerian Pertahanan Whitehall, London, United Kingdom |
| Moto | Latin: Per Ardua ad Astra "Melalui Kesukaran menuju ke Bintang" |
| Kawat | Royal Air Force March Past |
| Laman web | www.raf.mod.uk |
| Komander | |
| Ketua Turus Udara | Ketua Marsyal Udara Michael Wigston |
| Komander terkenal | Lord Trenchard Lord Dowding Lord Portal |
| Tanda kebesaran | |
| Roundel | |
| Lambang ekor | |
| TRF / Badge | |
| Ensign | |
| Pesawat udara | |
| Penyerang | Tornado GR4 Typhoon FGR4 Reaper |
| Peperangan elektronik | Sentry |
| Pejuang | Typhoon F2 |
| Helikopter | Chinook Merlin Puma Sea King Griffin HAR2 |
| Pemintas | Typhoon |
| Pengawasan | Islander Shadow R1 Sentinel R1 Reaper Tornado GR4A |
| Pelatih | Hawk King Air Squirrel Tucano Tutor Vigilant Viking |
| Pengangkut | C-17 Hercules C4 & C5 Voyager |
| Komponen |
|---|
|
| Sejarah |
|
| Pesawat |
|
| Struktur |
|
| Keanggotaan |
|
Tentera Udara Diraja (Inggeris: Royal Air Force atau RAF) merupakan cabang perkhidmatan peperangan udara dalam Angkatan Tentera British. Ditubuhkan pada 1 April 1918 RAF telah meyumbangkan peranan yang ketara dalam sejarah ketenteraan Britain dan sejak itu, telah melibatkan diri dalam Perang Dunia II dan dalam konflik-konflik tidak lama dulu. RAF mengoperasikan sejumlah 853 buah pesawat dan, setakat 31 Mac 2008, mempunyai kekuatan seramai 41,440 anggota terlatih dalam perkhidmatan tetap. Majoriti pesawat RAF dan anggotanya ditempatkan di Britain, terdapat juga anggotanya sedang berkhidmat dalam operasi (terutamanya di Iraq dan Afghanistan) atau pangkalan-pangkalan luar negara yang telah lama wujud (contohnya di Kepulauan Falkland dan Cyprus).
RAF merayakan hari ulang tahunnya yang ke-90 dengan melakukan lintas hormat oleh pasukan Red Arrows dan 4 buah pesawat Typhoon di atas pangkalan RAF dan Tengah London pada 1 April 2008.[1].