Eurofighter Typhoon

Typhoon
Pesawat Eurofighter IPA Luftwaffe, Jerman. Versi latihan 2 tempat duduk yang dilengkapi dengan peluru berpandu udara ke udara.
Peranan Tempur pelbagai peranan
Pengeluar Eurofighter GmbH
Penerbangan sulung 27 Mac 1994
Diperkenalkan 4 Ogos 2003
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara Diraja British
Luftwaffe
Aeronautica Militare
Tentera Udara Sepanyol
Dikeluarkan 1994-kini
Jumlah dibina 592 buah setakat November 2023
Kos seunit £64.8 juta (Tranche 1 & 2)€90 juta (kos sistem Tranche 3A)
£125 juta (termasuk kos pembangunan + pengeluaran)
Dibangunkan dari British Aerospace EAP

Eurofighter Typhoon (Bahasa Melayu: Taufan) merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai peranan lincah, sayap delta, berkanard dan berenjin kembar. Pesawat ini direka dan dibina oleh satu konsortium gabungan tiga syarikat kongsi iaitu Alenia Aeronautica, BAE Systems dan EADS - melalui syarikat pemegangan Eurofighter GmbH yang ditubuhkan pada 1986. Projek ini diuruskan oleh NETMA (NATO Eurofighter and Tornado Management Agency) yang bertindak sebagai pelanggan utama. Bagaimanapun, kajian mengenai projek ini telah bermula sejak 1979 lagi.

Tertib pengeluaran Eurofighter Typhoon telahpun bermula. Pesawat ini telah mula berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Britain, Tentera Udara Jerman (Luftwaffe), Tentera Udara Itali dan Tentera Udara Sepanyol dan Tentera Udara Austria. Arab Saudi pula telah memeterai perjanjian kontrak bernilai GB£4.43 bilion (sekitar 6.4 bilion pada 2007) untuk membeli 72 buah pesawat.