Filem Terbaik Festival Filem Malaysia

Filem Terbaik
Festival Filem Malaysia
Dianugerahkan untukFilem Terbaik Tahunan
NegaraMalaysia
Disampaikan olehPerbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Kali pertama13 April 1980 (1980-04-13)
Kini dipegang olehImaginur (2024)
sunting ยท sunting di Wikidata

Filem Terbaik Festival Filem MalaysiaM merupakan salah satu anugerah dalam Festival Filem Malaysia (FFM). Anugerah disediakan bagi menghargai pembuat filem dalam industri perfileman Malaysia. Kategori ini dikhaskan kepada filem yang telah tercalon untuk filem terbaik yang telah dipilih oleh juri-juri yang berpengalaman dalam bidang perfileman. Pada malam anugerah tersebut, anugerah ini diumumkan pada akhir acara. Anugerah ini penting bagi menentukan mutu filem yang bertanding dari segi penerbitan, pengarahan, lakonan, penulisan sesebuah filem tersebut. Filem yang boleh menghantar pencalonan ialah filem yang sudah/belum ditayangkan pada Mei hingga Jun tahun hadapannya dan tidak pernah bertanding dalam Festival Filem Malaysia.

Pada 1989 dan 1994, menjadi sedikit kontroversi apabila Filem Terbaik tidak dipertandingkan walaupun ada beberapa filem mendapat anugerah yang banyak dalam FFM yang dipertandingkan. Selain itu, anugerah ini turut mencetuskan kotroversi apabila ada filem yang kurang mendapat Anugerah Perdana menang Filem Terbaik.