Iedil Dzuhrie Alaudin
Yang Mulia Tengku Iedil Dzuhrie Alaudin | |
|---|---|
| Kelahiran | Tengku Iedilzuhrie Putra bin Tengku Alaudin 5 Mac 1984 |
| Pekerjaan | Pelakon, pengacara |
| Tahun aktif | 1998–kini |
| Pasangan | Prisia Nasution (k. 2016) |
| Saudara | |
| Laman web rasmi | www |
Yang Mulia Tengku Iedilzuhrie Putra bin Tengku Alaudin (lahir 5 Mac 1984) merupakan seorang pelakon dan pengacara lelaki Malaysia. Beliau merupakan adik kepada Pengurus Besar Primeworks Studios, Tengku Iesta Tengku Alaudin dan abang kepada pelakon drama Waktu Rehat, Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alaudin. Sebelum ini, beliau dikenali sebagai Iedil Putra dalam beberapa kredit lakonannya.