Tembok Besar China

Tembok Besar China
萬里長城 / 万里长城
Tembok Besar Dinasti Ming di Jinshanling
Peta kesemua pembinaan tembok
Maklumat umum
JenisKubu
LokasiHebei
NegaraChina
Koordinat40°41′N 117°14′E / 40.68°N 117.23°E / 40.68; 117.23
Nama rasmiTembok Besar
KriteriaKebudayaan: i, ii, iii, iv, vi
Rujukan438
InskripsiSesi 1987 (ke-11 )
Kawasan2,151.55 he (5,316.6 ekar)
Zon penampan4,800.8 he (11,863 ekar)
Pembinaan bermula700 dasawarsa SM
Maklumat ketinggian
Tinggiminimum: 5 m
maksimum: 8 m
purata: 7 m
Maklumat matra
Panjang21,196.18 km (13,170.70 bt)
Lebar4.5 m
Butiran teknikal
BahanBatu kapur
Reka bentuk dan seni bina
Pereka bentuk lainQin Shi Huang
Maklumat lain
http://www.thegreatwall.com.cn/en
sunting · sunting di Wikidata

Tembok Besar China (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: Chángchéng; harf. "bandar/kota panjang" atau Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: Wànlǐ Chángchéng; harf. "Tembok panjang 10,000 li ()"), merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan di antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada seranganpuak-puak nomad Mongol dan Turkik steppe Mongolia dan Manchuria merentasi sempadan utara sejarah negeri Cina purba dan Empayar Cina. Tembok pertama bermula pada abad ke-7 SM; ia disatukan semasa Dinasti Qin. Dinasti-dinasti seterusnya mengembangkan sistem tembok tersebut; bahagian yang paling terkenal dibina semasa Dinasti Ming (1368–1644).

Untuk tujuan pertahanan, Tembok Besar menggunakan menara tinjau, barak tentera, stesen garnisun, keupayaan isyarat melalui asap atau api, dan juga sebagai lebuh pengangkutan. Tujuan lain Tembok Besar termasuk kawalan sempadan (mengawal kemasukan dan keluar pendatang, serta penguatkuasaan duti ke atas barangan yang diangkut melalui Jalan Sutera), dan pengawalan perdagangan.

Keseluruhan benteng yang membentuk Tembok Besar memanjang dari Laluan Liaodong di timur ke Tasik Lop di barat, dan dari sempadan China–Rusia hari ini di utara ke Sungai Tao di selatan: satu lengkungan yang secara kasar menandakan sempadan padang rumput Mongolia, dengan panjang keseluruhan 21,196.18 km (13,170.70 bt). Ia adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO, dan dipilih sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia pada 2007. Hari ini, sistem pertahanan Tembok Besar diiktiraf sebagai salah satu pencapaian seni bina paling mengagumkan dalam sejarah.