Qin Shi Huang

Maharaja Qin Pertama
Qin Shi Huang
Raja Qin
Pemerintahan07 Mei 247 SM – 221 SM
Didahului olehQin Zhuang Xiang Wang
秦庄襄王 (Ying Zi Chu 嬴子楚)
Maharaja Dinasti Qin
Pemerintahan221 SM – 10 September 210 SM
Diikuti olehQin Er Shi 秦二世
(Ying Hu Hai 嬴胡亥)
KeputeraanJanuari 259 SM
Bandar Handan, Negara Zhao (sekarang Hebei)
Kemangkatan11 Ogos 210 SM (umur 48-49)
PemakamanMakam Qin Shi Huang
(秦始皇陵), Xi'an, Shaanxi, Republik Rakyat China
Anakanda
  • 24 orang putera

(termasuk : Fu Su 扶苏, Gao 高, Jiang Lu 将闾 dan Hu Hai 胡亥)

  • 10 orang puteri
Nama penuh
Nama keluarga : Ying (嬴)

Nama puak : Zhao (赵)

Nama lahir : Zheng (政)
Nama pemerintahanShi Huang Di 始皇帝
(Maharaja Mulia Pertama)
Nama gelaranShi Huang 始皇
Nama panggilan
  • Ying Zheng 嬴政
  • Zhao Zheng 赵政
WangsaDinasti Qin
AyahandaYing Zi Chu 嬴子楚
BondaZhao Ji 赵姬
Qin Shi Huang
"Qin Shi Huang" dalam tulisan meterai (atas) dan tulisan biasa (bawah)
Bahasa Cina秦始皇
Maksud harfiah"Maharaja Pertama dari Dinasti Qin"
Nama pemerintahan
Bahasa Cina始皇帝
Maksud harfiah"Maharaja Pertama"

Qin Shi Huang ( Hanzi : 秦始皇 ; pinyin : Qín Shǐ Huáng ; Bahasa Melayu : Maharaja Qin Pertama ; nama penuh sebenar : Ying Zhao Zheng 嬴赵政 ; lahir : 259 SM ; mati : Raja awal mula September 210 SM ), adalah Raja Qin dari 247 SM hingga 221 SM, kemudian menjadi Maharaja Qin pertama dengan nama "Shi Huang Di (始皇帝 ; Maharaja Mulia Pertama)" dan dikenali sebagai "Shi Huang (始皇)" kepada empayar Qin dari 221 SM hingga 210 SM, era empayar ini dikenali sebagai "dinasti Qin" beliau juga secara meluas dianggap Qin paling hebat pada zamannya yang dijuluki 'raja awal mula'oleh ahli sejarah.

Baginda dikenali dalam sejarah China kerana menyatukan semua tujuh buah Negara Besar di Zhong Yuan (中原 ; nama kepada tanah China) pada Zaman Negara Berperang dan menamakannya sebagai Raja Qin, selepas itu, membangunkan dinasti Qin sebagai Maharaja Empayar Qin, memperkenalkan Legalisme, tetapi juga membakar banyak buku sejarah dan membunuh ramai sarjana yang baginda tidak suka, secara besar-besaran.