Teh Kok Lim
Yang Berhormat Tuan Teh Kok Lim | |
|---|---|
郑国霖 | |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak | |
| Menyandang jawatan 22 November 2022 | |
| Raja | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
| Menteri Besar | Saarani Mohamad |
| Portfolio | Sains, Alam Sekitar & Teknologi Hijau |
| Didahului oleh | Mohd Akmal Kamaruddin |
| Kawasan pilihan raya | Aulong |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi Aulong | |
| Menyandang jawatan 19 November 2022 | |
| Didahului oleh | Nga Kor Ming (PH–DAP) |
| Majoriti | 14,857 (2022) |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Taiping | |
| Dalam jawatan 9 Mei 2018 – 19 November 2022 | |
| Didahului oleh | Nga Kor Ming (PH–DAP) |
| Digantikan oleh | Wong Kah Woh (PH–DAP) |
| Majoriti | 27,384 (2018) |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi Pokok Assam | |
| Dalam jawatan 5 Mei 2013 – 9 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | Yee Seu Kai (PR–DAP) |
| Digantikan oleh | Leow Thye Yih (PH–DAP) |
| Majoriti | 7,925 (2013) |
| Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Perak | |
| 2013–2018 | Parti Tindakan Demokratik |
| 2022– | Pakatan Harapan |
| Puak yang diwakili dalam Dewan Rakyat | |
| 2018–2022 | Pakatan Harapan |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Teh Kok Lim 18 Mac 1970 Taiping, Perak, Malaysia. |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Pakatan Harapan (PH) (sejak 2015) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Laman web | Teh Kok Lim di Facebook |
Teh Kok Lim (Cina: 郑国霖; pinyin: Zhèng Guólín; Jyutping: Zeng6 Gwok3 Lam4; Pe̍h-ōe-jī: Tēⁿ Kok-lîm; lahir 18 Mac 1970) ialah seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Saarani Mohamad dan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi Aulong sejak November 2022. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen (MP) bagi Taiping dari Mei 2018 hingga November 2022 dan sebagai ADUN bagi Pokok Assam dari Mei 2013 hingga Mei 2018. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).
Dalam pilihan raya umum 2018, Teh telah dipilih ke Parlimen Malaysia bagi kawasan Taiping, memperoleh 42,997 daripada 69,743 undi yang dikira. Dalam pilihan raya negeri Perak 2022, beliau telah dipilih sebagai ADUN bagi kerusi Aulong, memenangi 20,306 daripada 30,665 undi. Pada 22 November 2022, beliau turut dilantik sebagai EXCO Negeri Perak.