Saarani Mohamad

Saarani Mohamad
ساراني محمد
Menteri Besar Perak ke-13
Menyandang jawatan
10 Disember 2020
RajaSultan Nazrin Muizzuddin Shah
Didahului olehAhmad Faizal Azumu
Kawasan pilihan rayaKota Tampan
Ketua Pembangkang Negeri Perak
Dalam jawatan
1 Ogos 2018 – 13 Mac 2020
RajaSultan Nazrin Muizzuddin Shah
Menteri BesarAhmad Faizal Azumu
Didahului olehZambry Abdul Kadir
Digantikan olehAbdul Aziz Bari
Kawasan pilihan rayaKota Tampan
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
bagi Kota Tampan
Menyandang jawatan
21 Mac 2004
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Majoriti2,677 (2004)
2,335 (2008)
1,844 (2013)
2,302 (2018)
1,237 (2022)
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
bagi Lenggong
Dalam jawatan
29 November 1999 – 21 Mac 2004
Digantikan olehJawatan dibubarkan
Majoriti2,411 (1999)
Peranan Exco (Perak)
2004–2006Pengerusi Pembangunan Luar Bandar
2006–2008Pengerusi Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Industri Perladangan dan Komoditi
2008–2013Pengerusi Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan
2013–2016Pengerusi Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
2016–2018Pengerusi Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan
2020Pengerusi Pembangunan Luar Bandar, Keusahawanan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna
Maklumat peribadi
Lahir
Saarani bin Mohamad

(1961-03-13) 13 Mac 1961
Lenggong, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
KerakyatanMalaysia
Parti politikPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
Tempat belajarUniversiti Teknologi Malaysia
Universiti Terbuka Malaysia
PekerjaanAhli politik, guru

Saarani bin Mohamad (lahir 13 Mac 1961) merupakan seorang ahli politik dan guru Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Menteri Besar Perak ke-13 sejak Disember 2020 serta Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi kawasan Kota Tampan sejak Mac 2004. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah mantan Menteri Besar, Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali dan Zambry Abdul Kadir dari Mac 2004 hingga kejatuhan pentadbiran BN pada Mac 2008 dan dari Februari 2009 hingga satu lagi kejatuhan pada Mei 2018, serta sekali lagi dalam pentadbiran negeri Perikatan Nasional (PN) di bawah mantan Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu buat sementara waktu dari Mac 2020 hingga kejatuhan pentadbiran PN pada Disember 2020. Beliau juga pernah menjadi Ketua Pembangkang Perak dari Ogos 2018 hingga Mac 2020 serta ADUN bagi Lenggong dari November 1999 hingga Mac 2004. Beliau merupakan Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua Bahagian Lenggong bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti komponen gabungan BN. Beliau juga ialah Pengerusi BN dan UMNO negeri Perak.