Tan Tiong Hong
Dato' Dr. Tan Tiong Hong | |
|---|---|
| Timbalan Menteri Kewangan | |
| Dalam jawatan 16 Julai 1984 – 7 Januari 1986 | |
| Menteri | Daim Zainuddin |
| Didahului oleh | Ling Liong Sik |
| Digantikan oleh | Oo Gin Sun |
| Timbalan Menteri Pelajaran | |
| Dalam jawatan 1982–1984 | |
| Menteri | Sulaiman Daud |
| Didahului oleh | Chan Siang Sun Suhaimi Kamaruddin |
| Digantikan oleh | Chow Poh Kheng Bujang Ulis |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Raub | |
| Dalam jawatan 1982–1986 | |
| Didahului oleh | Tan Koon Swan |
| Digantikan oleh | Teng Gaik Kwan |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Kepong | |
| Dalam jawatan 1978–1982 | |
| Didahului oleh | PEKEMAS Tan Chee Khoon |
| Digantikan oleh | Tan Seng Giaw |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1945 Kepong, Selangor (kini Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) |
| Meninggal dunia | 2011 (66 tahun) |
| Parti politik | Persatuan Cina Malaysia |
Dato' Dr. Tan Tiong Hong (1945-2011) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau merupakan mantan Timbalan Menteri Kewangan (1984-1986), mantan Timbalan Menteri Pelajaran (1982-1984), mantan Ahli Parlimen Raub selama sepenggal (1982-1984) dan mantan Ahli Parlimen Kepong juga selama sepenggal (1978-1982).
Beliau aktif dalam politik MCA di Bahagian Kepong dan Jinjang Utara sejak 1969. Beliau meninggalkan MCA dan menyertai Gerakan pada 1972 .Pada 1981 beliau menyertai semula MCA dan bertanding di Parlimen Raub,Pahang pada 1982. Perdana Menteri Mahathir Mohamad melantik beliau sebagai Timbalan Menteri Pelajaran (1982) dan Timbalan Menteri Kewangan (1984). Pada 1985, beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung MCA daripada Chong Hon Nyan dan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Kedah.