Takoyaki
| Kandungan rencana ini berkait dengan makanan. |
| Takoyaki | |
|---|---|
Sepinggan takoyaki | |
| Jenis | Octopus dish, yakimono, konamono |
| Jenis sajian | Snek |
| Tempat asal | Jepun, Korea Selatan |
| Kawasan/rantau | Kawasan berbahasa Jepun |
| Bahan utama | Adunan tepung, dadu kurita, serdak tempura (tenkasu), jeruk halia, daun bawang |
| Bahan yang biasa digunakan | Tepung gandum, doyak, beni shōga, Aonori, Katsuobushi, Bawang benggala, tepung, telur, mayones |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Takoyaki (たこ焼き atau 蛸焼, "cucur kurita") merupakan snek bebola istimewa Jepun diperbuat daripada adunan tepung gandum biasa diisi dengan sotong kurita (たこ, tako) yang dikisar atau dipotong dadu, serdak lebihan tempura (tenkasu), jeruk halia, dan potongan daun bawang; ia dimasak menggunakan kuali beracuan khas. Takoyaki disapu dengan sos takoyaki, sejenis sos yang menyerupai sos Worcestershire, dan mayonis. Takoyaki kemudian ditabur dengan aonori dan parutan ikan tongkol kering (katsuobushi). Terdapat banyak variasi resipi takoyaki. Contohnya, ponzu iaitu sejenis kicap soya dengan dashi dan cuka limau, goma-dare iaitu sos bijan dan cuka ataupun dashi bercuka. Takoyaki dikaitkan dengan gerai makanan tepi jalan; tapi kini dijual di kedai-kedai komersial, seperti pasar raya dan kedai serbaneka 24 jam.
Takoyaki mula dikembangkan di Osaka pada tahun 1935 oleh Endo Tomekichi (遠藤留吉• えんどう とめきち), seorang penjaja kuih ラジオ焼き rajioyaki atau 肉焼き nikuyaki yang berisi konnyaku dan daging kicap. Beliau terinspirasi daripada akashiyaki, sejenis pau bulat kecil dari adunan sarat telur dan sotong kurita dari bandar raya Akashi di Wilayah Hyōgo; beliau mengubah lanjut resipi ini dengan menaruh dashi ke dalam adunan yang diperisakan tidak seperti akashiyaki yang menjadikan kuah dashi sebagai cicahan. Ia asalnya dari kawasan Kansai tersebar ke Kantō sekaligus terkenal ke seluruh Jepun, di mana ia mula dihidangkan secara dimasak garing.
Yaki berasal daripada perkataan "yaku" (焼く) yang merupakan salah satu kaedah masakan dalam hidangan Jepun, bermaksud "menggoreng atau menggril", dan boleh ditemui pada nama beberapa masakan Jepun dan masakan Korea yang lain seperti teppanyaki, yakitori, teriyaki dan sukiyaki.
-
Memasak takoyaki
-
Takoyaki dihidangkan dengan mayonis
-
-
Sebuah gerai takoyaki di Nishinari-ku, Osaka