Akashiyaki
Akashiyaki (ζη³ηΌγ) adalah nama makanan asal Akashi di Wilayah Hyogo, Jepun yang diperbuat daripada adunan telur, tepung gandum, dashi dan berisi potongan sotong yang dicelup ke dalam kuah dashi sebelum dimakan.
Sekali imbas, Akashiyaki kelihatan seperti takoyaki, berbentuk bebola lembut dengan diameter sekitar 3-5 cm yang lazimnya tidak betul-betul bulat kerana bahagian bawah ditekan ke dalam akibat beratnya. Di Akashi, penduduk setempat sudah mengenali makanan ini sejak zaman Edo menyebutnya sebagai tamagoyaki yang kononnya merupakan saudara takoyaki.
Akashiyaki dianggap sebagai makanan unik bandar Akashi. Memakan akashiyaki (yang dijual dengan nama tamagoyaki) merupakan salah satu tujuan utama pelancong berkunjung ke bandar Akashi.