Katsuobushi

Katsuobushi (disebut [ka.tsu.o.bu.syi], 鰹節) atau okaka (おかか) ialah sejenis makanan awet yang diperbuat daripada aya atau cakalang (鰹, カツオ katsuo; nama saintifik: Katsuwonus pelamis). Ia bahan asas masakan Jepun terutamanya sebagai bahan penyedap makanan sama ada ditaburkan di atas tauhu dingin (hiyayako), okonomiyaki dan takoyaki; dimakan begitu saja sebagai lauk bersama nasi; mahupun direbus dengan kombu untuk membuat sejenis renehan berperisa iaitu dashi.

Isi ikan yang diawet ini sangat keras sehingga terpaksa diparut sebelum digunakan dalam masakan menggunakan sejenis alatan khas seakan ketam kayu (katsuobushi kezuriki, 鰹節削り器; かつおぶしけずりき). Katsuobushi juga boleh dijual dalam bentuk yang sudah diparut halus (kezuribushi, 削り節) dan berbungkus plastik kelihatan berwarna perang muda hingga merah jambu cair; sagatan ini boleh dijual dalam seberapa jenis yang makin menipis-nipis sampai dalam bentuk serbuk.

Pengawetan dan pemprosesan bahan makanan ini lazim dilakukan tidak sahaja di Jepun malah di beberapa negara seperti kepulauan Maldives.