Tahun Baru Jepun

Tahun Baru Jepun
Kad nengajō (年賀状)
Nama rasmiShougatsu (正月)
Diraikan oleh/di
Jepun
JenisKebudayaan
KepentinganTahun Baru Qamari
Tarikh1 Januari
Berkaitan dengan
Omisoka
Hari Tahun Baru

Masyarakat Jepun menyambut perayaan tahun baru mereka yakni Tahun Baru Jepun (正月, shōgatsu) pada setiap 1 Januari. Asalnya, tarikh ini diadakan mengikut takwim Tempō berasaskan kalendar lunisolar Cina dan disambut pada awal musim bunga, serentak dengan Tahun Baru Cina, Korea dan Vietnam sehingga hari ini. Pada tahun 1873, lima tahun selepas Pemulihan Meiji, Jepun menerima pakai takwim Gregorius, maka hari pertama bulan Januari dijadikan Hari Tahun Baru rasmi di Jepun zaman sekarang. Tahun baru yang lama yang berdasarkan kalendar qamari itu kini dikenali sebagai Tahun Baru Lama (旧正月 kyūshōgatsu). Sambutan Tahun Baru dihargai masyarakat Jepun sebagai salah satu perayaan terpenting yang disambut dengan dipenuhi adat yang unik sejak berabad-abad lamanya.