Taco

Taco
Tiga jenis taco (dari kiri arah jam): carnitas, carne asada dan al pastor, semuanya ditabur dengan ketumbar dan bawang cincang dengan limau nipis.
JenisCekutan
Tempat asalMexico
Bahan utamaTortilla, daging, sayuran, keju
Bahan yang biasa digunakanTaco shell, daging 
sunting · sunting di Wikidata

Taco (disebut ['tako]) ialah hidangan tradisi masyarakat Mexico terdiri daripada tortilla kecil diisi pelbagai inti termasuk banyak jenis daging, kacang, sayuran dan keju yang dilipat dan dimakan dengan tangan. Ia sering dihadang dengan berbagai bumbu seperti salsa, guacamole, atau krim masam dan bawang lada. Ia merupakan sejenis makanan jalanan yang menjadi terkenal seluruh dunia.

Makanan ini sendiri sudah ada sebelum datangnya peneroka dan penakluk Sepanyol ke Mexico; terdapat bukti antropologi bahawa orang asli yang tinggal di kawasan tasik Lembah Mexico secara tradisional memakan taco diisi dengan ikan kecil. Bernal Díaz del Castillo dalam rombongan diketuai Hernán Cortés mendokumentasikan suatu jamuan yang menggambarkan makanan berupa ini yang dinikmati mereka semasa bertapak di Coyoacán.