Makanan cekut
Makanan cekut (Tulisan Jawi: ماكنن چكوت) ialah makanan yang harus dimakan secara langsung menggunakan tangan, berbanding dengan makanan yang dimakan dengan pisau dan garpu, sudu, penyepit, atau peralatan lain. Dalam sesetengah budaya, makanan hampir selalu dimakan dengan tangan; sebagai contoh, masakan Habsyah dimakan dengan menggulung pelbagai hidangan di dalam roti injera. Makanan yang dianggap makanan jalanan lazimnya, walaupun tidak semestinya, makanan cekut.