T118 (bas Rapid KL)
| T118 | ||||
|---|---|---|---|---|
| MRT Sri Delima–Taman Kok Doh | ||||
| Gambaran menyeluruh | ||||
| Pengendali | Rapid KL (Rapid Bus) | |||
| Status | Beroperasi | |||
| Perkhidmatan bermula | 16 Jun 2022 | |||
| Waktu malam | Ada | |||
| Laluan | ||||
| Jenis laluan | Laluan perantara | |||
| Lokasi | Lembah Klang, Malaysia | |||
| Melalui petempatan |
| |||
| Melalui mercu tanda |
| |||
| Titik mula | MRT Sri Delima (Pintu B) | |||
| Melalui | Senarai jalan raya
| |||
| Titik tamat | MRT Sri Delima (Pintu B) | |||
| Hentian/stesen bas | 14 hentian | |||
| Perkhidmatan/servis | ||||
| Jenis perkhidmatan | Perkhidmatan bas pengangkutan awam | |||
| Kekerapan | 30–45 minit | |||
| Hari operasi | Setiap hari (dari jam 6.00 pagi–11.30 malam) | |||
| Zon | Koridor Jalan Ipoh | |||
| Pertukaran ke laluan lain |
| |||
| ||||
Laluan bas T118 (MRT Sri Delima–Taman Koh Doh) merupakan sebuah laluan bas awam di Lembah Klang, Malaysia. Laluan bas T118 merupakan sebuah laluan bas perantara yang bermula dari Stesen MRT Sri Delima di Kuala Lumpur menuju ke kawasan petempatan Jinjang Selatan, Taman Sri Delima, Taman Koh Doh, Taman Sejahtera, Kampung Pasir Segambut, Taman Sejahtera, Taman City, Taman Lawa, dan Taman Batu.
Laluan bas ini berkhidmat di 14 buah hentian bas, dan memulakan perkhidmatannya buat pertama kalinya pada 16 Jun 2022, selari dengan pembukaan dan pengoperasian MRT Laluan Putrajaya (PYL) fasa pertama dari stesen Kwasa Damansara ke stesen Kampung Batu. Laluan bas T118 merupakan satu daripada 14 buah laluan bas perantara MRT Laluan Putrajaya yang memulakan perkhidmatannya serentak dengan MRT Laluan Putrajaya. Laluan bas T118 dikendalikan sepenuhnya oleh Rapid Bus di bawah kendalian Rapid KL.