T117 (bas Rapid KL)
| T118 | ||||
|---|---|---|---|---|
| MRT Jinjang–Taman Sri Segambut | ||||
| Gambaran menyeluruh | ||||
| Pengendali | Rapid KL (Rapid Bus) | |||
| Status | Beroperasi | |||
| Perkhidmatan bermula | 16 Jun 2022 | |||
| Waktu malam | Ada | |||
| Laluan | ||||
| Jenis laluan | Laluan perantara | |||
| Lokasi | Lembah Klang, Malaysia | |||
| Melalui petempatan |
| |||
| Melalui mercu tanda |
| |||
| Titik mula | MRT Jinjang (Pintu B) | |||
| Melalui | Senarai jalan raya
| |||
| Titik tamat | MRT Jinjang (Pintu B) | |||
| Hentian/stesen bas | 15 hentian | |||
| Perkhidmatan/servis | ||||
| Jenis perkhidmatan | Perkhidmatan bas pengangkutan awam | |||
| Kekerapan | 30–45 minit | |||
| Hari operasi | Setiap hari (dari jam 6.00 pagi–11.30 malam) | |||
| Zon | Koridor Jalan Ipoh | |||
| Pertukaran ke laluan lain |
| |||
| ||||
Laluan bas T117 (MRT Jinjang–Taman Sri Segambut) merupakan sebuah laluan bas awam di Lembah Klang, Malaysia. Laluan bas T117 merupakan sebuah laluan bas perantara yang bermula dari Stesen MRT Jinjang di Kuala Lumpur menuju ke kawasan petempatan Taman Pusat Kepong, Taman Sri Segambut dan Jinjang Selatan Tambahan dan kawasan perindustrian TSI Business Industrial Park dan Kawasan Perusahaan Kepong.
Laluan bas ini berkhidmat di 15 buah hentian bas, dan memulakan perkhidmatannya buat pertama kalinya pada 16 Jun 2022, selari dengan pembukaan dan pengoperasian MRT Laluan Putrajaya (PYL) fasa pertama dari stesen Kwasa Damansara ke stesen Kampung Batu. Laluan bas T117 merupakan satu daripada 14 buah laluan bas perantara MRT Laluan Putrajaya yang memulakan perkhidmatannya serentak dengan MRT Laluan Putrajaya. Laluan bas T117 dikendalikan sepenuhnya oleh Rapid Bus di bawah kendalian Rapid KL.