Bas Bandar GoKL

GOKL City Bus
SloganJourney Made Easy
Syarikat indukDewan Bandaraya Kuala Lumpur
Mula beroperasi1 September 2012
Daerah perkhidmatanKuala Lumpur
Jenis perkhidmatanBas transit percuma
Laluan14
Armada80
Jenis bahan apiGas asli padat
PengendaliCauseway Link
SKSBus
Laman WebLaman web rasmi DBKL
System map

Peta rasmi GOKL

Bas Bandar Go KL (dijenamakan sebagai GOKL CityBus) adalah sebuah rangkaian perkhidmatan bas percuma yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. Mula-mula dimiliki oleh Agensi Perkhidmatan Awam Darat (APAD) di bawah kendalian Rapid Bus, ia diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 1 Januari 2019, diikuti penyerahan hak pengendalian oleh Rapid Bus kepada Causeway Link dan SKSBus pada 1 November 2021. Perkhidmatan percuma ini mula beroperasi pada 31 Ogos 2012 dengan pelancaran dua laluan pekeliling, iaitu Hijau (KLCC-Bukit Bintang) dan Ungu (Pasar Seni-Bukit Bintang).

Kebanyakan hentian bas di rangkaian ini terletak berhampiran tarikan-tarikan perlancongan, pusat membeli-belah utama dan stesen-stesen TRANSIT seperti KTM Komuter, LRT, Monorel KL dan ERL.