Syurgaloka
Syurgaloka (Sanskrit: स्वर्ग /svarga/, "syurga") juga dikenali sebagai Swarga, Svarga, Svarloka atau Svarga Loka, adalah antara salah satu daripada lapan loka tertinggi (Vyahrti) iaitu alam kerohanian dalam kepercayaan ciptaan alam dalam Hindu. Kelapan-lapan loka (dunia) ini terdiri daripada Bhuloka, Bhuvarloka, Syurgaloka, Mahaloka, Janaloka, Tapaloka, Satyaloka, dan yang paling tinggi Goloka.
Ia terletak di antara matahari dan Dhruva-nakṣatra (bintang kutub). Alam ini diperintah oleh Indra (raja para dewa) dengan ibu kotanya di Amaravati. Para dewa dan manusia yang sangat berjasa tinggal di sini. Inilah konsep syurga dalam ajaran Hindu.
Syurgaloka adalah beberapa alam syurga, terletak di atas Gunung Meru di mana orang yang berakhlak dan baik akan tinggal di syurga sebelum kelahiran semula mereka yang seterusnya.
Dalam setiap pralaya (pembubaran dunia), ketiga-tiga alam pertama, Bhuloka (Bumi), Bhuvarloka dan Syurgaloka dimusnahkan. Di bawah tujuh alam teratas terdapat tujuh lagi alam yang lebih rendah, dari Patalaloka, alam ghaib dan alam neraka (Naraka).