Naraka
Naraka (Sanskrit: नरक) adalah tempat seakan neraka dalam kepercayaan agama Hindu (malah merupakan asal perkataan "neraka" dalam bahasa Melayu) di mana orang-orang berdosa diseksa selepas mereka meninggal dunia. Ia juga merupakan tempat Yama, iaitu dewa kematian. Ia digambarkan sebagai terletak di bahagian selatan alam semesta, di bawah bumi.