Sycee
Sycee (dari bahasa Inggeris menyerap bahasa Kantonis 細絲, sai-sì "sutera halus", pinyin: xìsī), yuánbǎo (Cina ringkas: 元宝; Cina tradisional: 元寶, Pe̍h-ōe-jī: goan-po) atau kimpo (bahasa Min Selatan dari 金寶) adalah sejenis mata wang jongkong perak atau emas yang digunakan di Cina hingga abad ke-20. Jongkong-jongkong ini datang dalam pelbagai bentuk dan rincian terutamanya bentuk "perahu", nilainya tidak ditentukan tukang perak tetapi sebaliknya berdasarkan berat tahil perak yang ditimbang. Tahil tempatan juga dipentingkan berbanding mana-mana sukatan pusat, jadi tahil Kwantung beratnya 37.5g, tahil "Biasa" atau Shanghai 33.9 g, dan tahil kastam atau Hǎiguān (海關) pula 37.8 g. Kadar pertukaran antara pelbagai tahil yang biasa dijumpai turut diketahui ramai.