Bossa nova
| Bossa nova | |
|---|---|
| Maklumat am | |
| Asalan gaya | Samba, jaz |
| Asalan budaya | Lewat 1950-an, Selatan Rio de Janeiro, Brazil |
| Asal usul | Brazil |
| Dicipta | 1958 |
| Alat muzik tipikal | Gitar klasik/akustik, piano, organ elektronik, bes akustik, dram |
| Sebahagian daripada | Music of Brazil, muzik popular |
| Subgenre | |
| Tropicália | |
| Latar wilayah/serantau | |
| Memberi pengaruh kepada Amerika Syarikat, Eropah, Jepun dan Filipina. | |
| Latar tempatan | |
| Dikenali secara meluas di Brazil. | |
| Topik lain | |
| Bossa Nova (tarian), sambass | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Bossa nova dikenali secara meluas sebagai gaya muzik Brazil yang diketengahkan pada tahun 1950-an dan 1960-an. Frasa bossa nova secara tersuratnya bermaksud "trend baharu" (sebutan dalam bahasa Portugis: [ˈbɔsɐ ˈnɔvɐ] ( listen)). Cantuman lirik samba dan jaz telah menjadi komponen utama dalam bossa nova. Pada tahun 1960-an, pengikut genre ini adalah daripada golongan pemuzik muda dan pelajar kolej. Semenjak kewujudannya, bossa nova kekal sebagai perkara penting dalam himpunan standard jaz.