Al-Fatihah

Al-Fātiḥah
الفاتحة
Surah 1 dalam al-Quran
Maklumat surah
Erti nama surahPembukaan
Nama alternatif
(dalam bahasa Arab)
أم الكتاب, أم القرآن, السبع المثاني, القرآن العظيم
Juz'1
Hizb1
Pembahagian
  • 7 ayat
  • 27 perkataan
  • 140 huruf
Susunan dalam mashaf
Kedudukan1
  Al-Fātiḥah Al-Baqarah 
Penurunan surah
PengelasanMakiyyah
Masa penurunanTahun-tahun awal kenabian sebelum hijrah.
Kandungan
Teks surahSura1.pdf
Terjemahan
sunting · sunting di Wikidata

Surah al-Fatihah (Arab: سُّورَةُ الفَاتِحَة) - Pembukaan - surah yang diturunkan di Mekah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.

Surah ini dinamakan al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan al-Quran.

Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan al-Quran itu sendiri.

Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.