Tafsir
| Sebahagian dari siri mengenai |
| القرءان الکريم al-Quranul Karim |
|---|
|
Tafsir (Arab: تَفْسِير, rumi: tafsīr terbitan kata kerja فَسَّرَ fassara "menjelaskan; menerangkan") ialah pendalaman atau pengulasan sesuatu teks. Ungkapan ini lazimnya mengkhusus dalam pendidikan agama Islam kepada pemahaman isi al-Quran. Ia tidak termasuk interpretasi esoterik atau mistik, yang termasuk dalam istilah Ta'wīl. Seorang ahli tafsir al-Quran digelar mufassir (Arab: 'مُفسر, mufassir, jamak: Arab: مفسرون, mufassirūn).