Naskhah Quran Birmingham
| Naskhah Quran Birmingham | |
|---|---|
| Perpustakaan Penyelidikan Cadbury, Universiti Birmingham | |
folio 2 rekto (kiri) dan folio 1 verso (kanan) | |
| Tarikh | Antara lebih kurang tahun 568M dan tahun 645M |
| Bahasa | Arab |
| Scribe(s) | Tidak diketahui |
| Bahan | |
| Format | menegak |
| Tulisan | Hijaz |
| Kandungan | Sebahagian surah 18 hingga 20 |
| Taksiran | 1572a |
| Sebahagian dari siri mengenai |
| القرءان الکريم al-Quranul Karim |
|---|
|
Dua lembaran sebuah naskhah Quran awal dalam Koleksi Mingana naskhah Timur Tengah Perpustakaan Penyelidikan Cadbury Universiti Burmingham telah ditemui pada tahun 2015 sebagai bertarikh antara tahun 568M dan tahun 645M, menjadikannya antara naskhah Quran tertua setakat ini.
Naskhah ini ditulis dengan dakwat di atas kertas kulit, menggunakan khat Hijaz Arab yang agung dan masih boleh dibaca dengan mudah. Lembaran ini mengandungi sebahagian Surah 18 hingga 20. Pihak universiti bercadang untuk meletakkan naskhah ini dalam pameran awam di Bangunan Muzik Bramall di universiti pada bulan Oktober 2015, dan kemudian di Muzium Birmingham dan Galeri Seni pada tahun 2016.