Sukan Asia Musim Sejuk

Sukan Asia Musim Sejuk
SingkatanAsiad
Acara pertamaSukan Asia Musim Sejuk 1986 di Sapporo, Jepun
KekerapanEmpat tahun
Acara terakhirSukan Asia Musim Sejuk 2017 di Sapporo, Jepun
TujuanAcara pelbagai sukan untuk negara-negara Asia

Sukan Asia Musim Sejuk merupakan satu acara pelbagai sukan seperti Sukan Olimpik Musim Sejuk yang khas kepada acara musim sejuk. Jawatankuasa Olimpik kebangsaan Jepun merupakan pencetus idea ini, dan mengutarakannya semasa Sukan Asia 1982. Usaha mereka berhasil dan mereka diberikan hak untuk menganjurkan edisi pertama yang dilangsungkan di Sapporo pada 1986, kerana bandar ini mempunyai infrastruktur dan kemahiran yang diperlukan hasil daripada menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 1972.

Daripada cuma tujuh negara ahli Majlis Olimpik Asia yang mengambil bahagian dalam edisi pertama, bilangan negara yang bertanding telah bertambah dengan tekal. Pada Sukan Asia Musim Sejuk terbaru di Changchun, 27 dari 45 ahli menghantar jumlah atlet yang terbanyak setakat ini, manakala semua 45 ahli menghantar perwakilan buat kali pertama dalam sejarah Asia.

Walaupun temasya sukan di Lubnan pada tahun 2009 telah dipertimbangkan, ia akhirnya tidak berlaku. Selepas Sukan Asia Musim Sejuk 2017 di Sapporo, edisi seterusnya dijadualkan diadakan pada 2025.