Sukan Asia Musim Sejuk 2029
| Bandar tuan rumah | Trojena |
|---|---|
| Negara | Arab Saudi |
| Pembukaan dirasmikan oleh | Raja Arab Saudi (dijangka) |
Sukan Musim Sejuk Asia 2029 (Arab: دورة الألعاب الآسيوية الشتوية 2029), secara rasminya dikenali sebagai Sukan Asia Musim Sejuk IX dan biasanya dikenali sebagai Trojena 2029, merupakan acara suukan musim sejuk yang akan menjadi edisi kesembilan Sukan Musim Sejuk Asia, acara pan-Asia yang akan diadakan di Trojena of Neom, Arab Saudi.
Trojena telah dipilih sebagai bandar tuan rumah pada Perhimpunan Agung OCA ke-41 pada 4 Oktober 2022 di Phnom Penh, Kemboja. Ini akan menjadi Sukan Musim Sejuk Asia yang pertama diadakan di Arab Saudi, serta di Semenanjung Arab. Ia juga akan menjadi acara sukan musim sejuk pertama yang diadakan di negara berbahasa Arab.