Sukan Asia Musim Sejuk 1999

Sukan Asia Musim Sejuk IV
Cogan kataAsia, Shining brightly through Everlasting Friendship
Penyertaan negara14
Penyertaan atlet799
Acara43 dalam 4 sukan
Upacara pembukaan30 Januari
Upacara penutupan6 Februari
Pembukaan dirasmikan olehKim Dae-jung
Presiden Korea Selatan
Stadium utamaYongpyong Indoor Ice Rink
Laman sesawangkangwonasiad.or.kr

Sukan Asia Musim Sejuk ke-4 (Korea: 제 4 회 동계 아시안 게임, rumi: je 4 hoe dong-gye asian geim) telah diadakan dari 30 Januari hingga 6 Februari 1999, di wilayah Kangwon (Gangwon), Korea Selatan. Temasya ini dipentaskan dalam tiga kelompok berbeza di wilayah itu iaitu Yongpyong, Kangnung (Gangneung) dan Chunchon (Chuncheon). Nama Yongpyong berasal daripada Yongpyong Resort.

Pada 2 Disember 1993, Majlis Olimpik Asia mengumumkan bahawa Korea Selatan akan menjadi tuan rumah Sukan Asia Musim Sejuk ke-4 pada tahun 1999. Korea Selatan pada mulanya berhasrat untuk menjadi tuan rumah temasya ke-3 tetapi kalah proses pengundian dan temasya 1999 dianugerahkan untuk negara.