Suicide Squad (filem)

Suicide Squad
PengarahDavid Ayer
PenulisDavid Ayer
BerdasarkanKarakter oleh
DC Comics
Dihasilkan oleh
  • Richard Suckle
  • Charles Roven
  • Colin Wilson
Dibintangi
SinematografiRoman Vasyanov
Disunting olehJohn Gilroy
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWarner Bros. Pictures
Tarikh tayangan
  • 5 Ogos 2016
    (Amerika Syarikat)
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris

Suicide Squad ("Pasukan Berani Mati") ialah sebuah filem adiwira Amerika Syarikat tahun 2016 berdasarkan komik mengenai pasukan antiwira DC Comics yang senama. Ia adalah filem ketiga dalam DC Extended Universe. Filem ini ditulis dan diarahkan oleh David Ayer. Ia dibintangi oleh Will Smith, Jared Leto, Margot Robbie, Joel Kinnaman, Jai Courtney, Cara Delevingne, Adewale Akinnuoye-Agbaje, Karen Fukuhara, Jay Hernandez, Adam Beach dan Viola Davis.

Menjelang bulan Februari 2009, sebuah filem Suicide Squad sedang berada dalam pembangunan di Warner Bros. Pictures. Ayer menandatangani untuk menulis dan mengarah pada bulan September 2014 dan menjelang bulan Oktober, proses pemilihan pelakon telah bermula. Fotografi utama bermula pada 13 April 2015 di Toronto, Ontario, Kanada dan berakhir pada bulan Ogos tahun itu. Filem ini ditayangkan pada Ogos 5, 2016 dalam format 2D, 3D dan IMAX 3D.