Jai Courtney

Jai Courtney
Courtney ketika tayangan perdana Divergent pada tahun 2014
Kelahiran
Jai Stephen Courtney

(1986-03-15) 15 Mac 1986
Pusat pendidikanCherrybrook Technology High School, Western Australian Academy of Performing Arts
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2005–kini
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "residence"

Jai Stephen Courtney (//; lahir 15 Mac 1986) merupakan seorang pelakon dari Australia. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang lakonan menerusi watak kecil dalam filem dan siri televisyen sebelum mendapat tawaran sebagai Charlie dalam filem aksi Jack Reacher (2012). Beliau kemudiannya muncul dalam A Good Day to Die Hard (2013) dan I, Frankenstein (2014).

Courtney turut mendapat peranan sebagai Varro dalam siri televisyen Spartacus: Blood and Sand (2010). Selain itu, beliau turut memegang watak sebagai Eric dalam filem cereka sains, Divergent (2014), dan Insurgent (2015). Beliau turut memegang watak sebagai Kyle Reese dalam Terminator Genisys dan Captain Boomerang pada tahun 2016 menerusi filem Suicide Squad.