Antiwira
Dalam bidang cereka, antiwira ialah sejenis watak watak utama (wira) dalam sesebuah novel, cerita, filem, drama dan sebagainya, yang tidak meĀmiliki sifat yang lazimnya dikaitkan dengan seseorang wira, seperti keberanian dan kepimĀpinan. Dalam erti kata lain, antiwira merupakan protagonis yang memiliki perwatakan yang sedikit sebanyak jelas bertentangan dengan wira biasa. Istilah antiwira juga memaksudkan antagonis yang menimbulkan kekaguman atau simpati yang secukupnya berbanding watak jahat yang biasa.