Warner Bros.

Warner Bros. Entertainment Inc.
Dinamakan sempenaAlbert Warner, Harry Warner, Sam Warner, Jack L. Warner 
Nama dahuluWarner Bros. Pictures, Inc.
Jenis/bentuk sahAnak syarikat
IndustriHiburan
PendahuluWarner Features Company
Ditubuhkan4 April 1923 (1923-04-04)
Pengasas
Ibu pejabatBurbank, California, Amerika Syarikat
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh penting
  • Kevin Tsujihara (Pengerusi dan CEO)
  • Toby Emmerich (Pengerusi, Warner Bros. Pictures Group)
Keluaran
HasilUS$ 12.992 bilion (2015)
Pendapatan kendalianUS$ 1.416 bilion (2015)
Bilangan kakitanganSekitar 8,000 (2014)
Syarikat indukWarner Bros. Discovery
Pembahagian
Anak syarikat
Tapak webwww.warnerbros.com

sunting · sunting di Wikidata

Warner Bros. Entertainment, Inc., atau Warner Bros. (disebut Warner Brothers, dieja sebagai WB), ialah syarikat hiburan Amerika Syarikat dan anak syarikat konglomerat WarnerMedia milik AT&T yang beribu pejabat di Burbank, California. Warner Bros. juga mempunyai sebilangan anak syarikat, termasuk Warner Bros. Studios, Warner Bros. Pictures, Warner Bros. Television, Warner Bros. Animation, Warner Home Video, dan DC Comics, serta memiliki separuh saham rangkaian televisyen The CW.

Diasaskan pada tahun 1923, Warner Bros. ialah studio filem Amerika ketiga tertua yang masih beroperasi, selepas Paramount Pictures yang diasaskan pada tahun 1912 di bawah nama Famous Players, dan Universal Studios yang juga diasaskan pada tahun 1912. Ia juga merupakan salah satu studio filem "Enam Besar" Amerika dan sebahagian daripada Motion Picture Association of America.