Sufian Suhaimi

Sufian Suhaimi
Sufian pada tahun 2021
Kelahiran
Sufian bin Haji Suhaimi

(1992-05-03) 3 Mei 1992
Pendidikan
  • Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris
  • Ijazah Sarjana Komunikasi Massa
Pusat pendidikan
PekerjaanPenyanyi, guru Bahasa Inggeris, pelakon, ahli perniagaan
Tahun aktif2016–kini
PasanganRania Al Sadat (k. 2025)
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikVokal
Syarikat rakamanAries Music
Rusa Music
Kegiatan berkaitanAiman Tino, Amira Othman

Sufian bin Haji Suhaimi (lahir 3 Mei 1992) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau popular menerusi single hits beliau iaitu "Terakhir" dan "Di Matamu", yang mana kedua-duanya turut layak ke Anugerah Juara Lagu ke-31 dan ke-33 yang berlangsung masing-masing pada 2017 dan 2019. Kedua-dua lagu tersebut digubah dan ditulis liriknya oleh beliau sendiri dengan dua rakannya Sirkhan dan Rinkarnaen.