Anugerah Juara Lagu ke-31

Anugerah Juara Lagu
ke-31
Tarikh22 Januari 2017
TempatDewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
PengacaraFarah Fauzana, Fizie Roslan, Sarimah Ibrahim & Awal Ashaari
PenerbitNurhul Huda Khalid
Tempoh Tayangan3 jam
Juara LaguLelaki Teragung

Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2016. Tema untuk acara tahun ini ialah "Cerita Dalam Lagu" yang mana ia mengangkat konsep seni kata dan penciptaan lagu yang diinterpretasikan daripada sesebuah cerita.

Lagu "Lelaki Teragung" nyanyian Dayang Nurfaizah (ciptaan Natasyah dan lirik oleh Iman Imran) mengungguli Anugerah Juara Lagu Ke-31 (hadiah RM50,000 + trofi). Malah, Dayang Nurfaizah juga menerima anugerah Vokal Terbaik (hadiah RM12,000 + trofi) untuk 3 tahun berturut-turut. Lagu "Terimaku Seadanya" (Ajai) dan "Sudah Ku Tahu" (Razif) masing-masing memenangi tempat kedua (hadiah RM35,000 + trofi) dan tempat ketiga (hadiah RM20,000 + trofi). Manakala lagu "Hang Pi Mana" nyanyian Kumpulan Khalifah berjaya memperoleh anugerah Persembahan Terbaik (hadiah RM12,000 + trofi).