Amira Othman
Amira Othman | |
|---|---|
| Kelahiran | Nadia Amira binti Othman 26 Oktober 1993 |
| Pendidikan | Diploma Jurusan Muzik |
| Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Pekerjaan | Penyanyi, pengacara, pelakon |
| Tahun aktif | 2013–kini |
| Pasangan | Fattah Amin (k. 2025) |
| Anak-anak | Nur Fatima Aisya (anak tiri) |
| Ibu bapa |
|
| Saudara |
|
| Kerjaya muzik | |
| Genre | |
| Alat muzik | Vokal |
| Syarikat rakaman | |
| Kegiatan berkaitan | Raqib, The Lomas, Sufian Suhaimi |
Nadia Amira Othman (lahir 26 Oktober 1993) ialah seorang penyanyi, pengacara dan pelakon wanita yang popular di Malaysia. Artis yang berasal dari Skudai, Johor ini memulakan langkahnya dalam karier seni pada tahun 2013 dengan menyertai Akademi Fantasia ke-10 dan memenangi tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.
Pada tahun 2015, single keduanya, "Hati-Hati" hasil nukilan Faizul Sany, Hael Husaini dan Mike Chan telah melonjakkan namanya sebagai penyanyi. Selain itu, Amira pernah menjadi pengacara rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9.