Aiman Tino
Aiman Tino | |
|---|---|
Aiman; 2024 | |
| Kelahiran | Mohammad Aiman bin Yusri 27 Jun 1998 |
| Nama lain | Aiman Tino |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
| Tahun aktif | 2016–kini |
| Ibu bapa | Yusri Ishak (bapa) Hazelina Mat Jalil (ibu) |
| Saudara | Fara Hezel (kakak) |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Pop, balada |
| Alat muzik | Vokal, gitar |
| Syarikat rakaman | Aries Music |
| Kegiatan berkaitan | Fara Hezel |
Mohammad Aiman Yusri (lahir 27 Jun 1998) atau lebih dikenali sebagai Aiman Tino (Jawi: أيمان تينو) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula mendapat perhatian umum selepas single sulung beliau iaitu "Ku Rela Dibenci" mula mendapat sambutan. Pada 27 April 2023, aiman selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya, Syarah Haifa dengan sekali lafaz.