Siti Mastura Muhammad
Siti Mastura Muhammad AP | |
|---|---|
| Anggota Parlimen Malaysia untuk Kepala Batas, Pulau Pinang | |
| Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
| Didahului oleh | Reezal Merican Naina Merican |
| Majoriti | 2,867 (PRU-15) |
| Ketua Pengarah Ameerah Malaysia | |
| Dalam jawatan 2021–2023 | |
| Didahului oleh | Zuraida Md Noor |
| Digantikan oleh | Mardhiyyah Johari |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 27 Ogos 1989 Permatang Tinggi C, Pinang Tunggal, Pulau Pinang |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
| Pekerjaan | Ahli politik, pendakwah bebas |
Yang Berhormat Dr. Siti Mastura Muhammad (lahir 27 Ogos 1989) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas. Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Ketua Penerangan Dewan PAS Negeri Pulau Pinang.
Anak kelahiran Pulau Pinang ini dibesarkan di Kepala Batas, mendapat pengajian awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Paya Keladi, dan sekolah menengah di Daeratul Maarifil Wataniah, Kepala Batas. Seterusnya, beliau meneruskan pengajian tinggi di Universiti Al-Azhar, Mesir (Shariah Islamiah -Sarjana) dan Universiti Sains Malaysia (Pengurusan Pembangunan Islam-Sarjana Muda & Doktor Falsafah).