Ameerah Malaysia
| Kerangka | |
|---|---|
| Jenis/bentuk sah | Pertubuhan wanita |
| Sejarah | |
| Dibentuk | 1 Oktober 2011 |
| Pengurusan | |
| Pengarah | YB Mardhiyyah binti Johari |
| Organisasi induk | Dewan Muslimat PAS |
| Gabungan | Parti Islam Se-Malaysia |
| Lokasi | |
| Lokasi | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Ameerah Malaysia adalah sebuah entiti kepimpinan wanita muda di bawah Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM). Ia dianggotai oleh ahli wanita muda PAS di bawah usia 40 tahun. Ia ditubuhkan pada 1 Oktober 2011 di Pulau Pinang serta dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Ketua Pengarah Ameerah Malaysia yang terkini adalah YB Mardhiyyah binti Johari.
Ameerah terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti politik, kemasyarakatan, kebajikan serta diskusi-diskusi ilmiah. Ameerah sudah bertapak di 14 negeri seluruh Malaysia termasuk di kawasan-kawasan dan cawangan-cawangan.
Pada 2024, Ameerah Malaysia telah melancarkan Sahabat Ameerah dalam Himpunan Ameerah Se-Malaysia (HAMRA) 3.0 di Pahang. Sahabat Ameerah telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ybhg Ustazah Nuridah Mohd Salleh. Pendaftaran Sahabat Ameerah ini terbuka kepada semua wanita muda Malaysia berumur 18-40 tahun yang berminat untuk menjadi Sahabat Ameerah.