Singa Kecil (buruj)
| Leo Minor | |
|---|---|
| Buruj | |
| Nama Latin | Leo Minor |
| Singkatan | LMi |
| Genitif | Leonis Minoris |
| Sebutan | /leon minor/, genitif /lenonis minoris/ |
| Simbolisme | Singa Kecil |
| Pencerapan | |
| (Epok J2000) | |
| 9j 22.4m hingga 11j 06.5m | |
| Keserongan | 22.84° hingga 41.43° |
| Sukuan | NQ2 |
| Keluarga | Ursa Major |
| Keluasan | 232 darjah persegi (ke-64) |
| Bintang | |
| Bintang utama | 3 |
Bintang Bayer/Flamsteed | 34 |
Bintang dengan planet | 3 |
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) | 0 |
Bintang dalam 10.00 pc (32.62 ly) | 0 |
Bintang paling terang | 46 LMi (Praecipua) (3.83m) |
| Bintang terhampir | 11 LMi (36.46 tc, 11.18 pc) |
| Objek | |
| Objek Messier | 0 |
| Pancuran meteor | Pancuran Singa Kecil |
| Buruj bersempadan | |
| Catatan | |
| Boleh dilihat pada garis lintang antara +90° dan −45°. Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan April. | |
| sunting | |
Singa Kecil, Asad Kecil, atau Leo Minor (LMi) ialah sebuah buruj kecil dan malap di hemisfera samawi utara. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud "singa (lebih) kecil", berlawanan dengan Leo (Singa), singa (lebih) besar. Buruj ini terletak di antara Ursa Major (Beruang Besar) yang lebih besar dan lebih mudah kecam ke utara dan Leo (Singa) ke selatan. Leo Minor tidak dianggap sebagai buruj terpisah oleh ahli astronomi klasik; buruj ini didesignasi oleh Johannes Hevelius pada 1687.
Terdapat 37 buah bintang yang lebih cerah daripada magnitud ketara 6.5 dalam buruj ini; tiga buah bintang adalah lebih cerah daripada magnitud 4.5. 46 Leonis Minoris, sebuah raksasa jingga bermagnitud 3.8, terletak kira-kira 95 tahun cahaya dari Bumi. Pada magnitud 4.4, Beta Leonis Minoris ialah bintang kedua tercerah dan satu-satu bintang dalam buruj ini dengan designasi Bayer. Bintang ini ialah bintang dedua, yang komponen lebih cerahnya ialah sebuah raksasa jingga dan yang lebih malap ialah bintang jujukan utama kuning-putih. Bintang ketiga tercerah ialah 21 Leonis Minoris, sebuah bintang jujukan utama putih cepat berputar bermagnitud putara 4.5 Buruj ini juga menyertakan dua buah bintang dengan sistem planet, dua pasang galaksi bersaling tindak, dan objek langit lepas yang unik, Voorwerp Hanny.