Ketam (buruj)

Cancer
Buruj
Nama LatinCancer
SingkatanCnc
GenitifCancri
Sebutan/kansər/,
genitif /kankri/
SimbolismeKetam
Pencerapan
(Epok J2000)
07j 55m 19.7973s–09j 22m 35.0364s
Keserongan33.1415138°–6.4700689°
KeluargaZodiak
Keluasan506 darjah persegi (ke-31)
Bintang
Bintang utama5
Bintang Bayer/Flamsteed
76
Bintang dengan planet
10
Bintang terang (lebih daripada 3.00m)
0
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
2
Bintang paling terang
β Cnc (Altarf) (3.53m)
Bintang terhampirDX Cnc
(11.84 tc, 3.63 pc)
Objek
Objek Messier2
Pancuran meteor
Pancuran Ketam Delta
Buruj bersempadan
Catatan
Boleh dilihat pada garis lintang antara +90° dan −60°.
Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Mac.
sunting

Ketam, Kepiting, Sartan (Arab: السرطان as-Saraṭān), Karkata (Sanskrit: कर्कट Karkaṭa), atau Kanser atau Cancer (Cnc) merupakan salah sebuah daripada dua belas buah buruj dalam zodiak. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud ketam dan buruj ini kerap diwakilkan sebagai ketam. Lambang astrologinya ialah (Unicode ♋). Cancer ialah buruj bersaiz sederhana dengan keluasan 506 darjah persegi dan bintang-bintangnya adalah agak malap. Bintang tercerahnya, Beta Cancri, mempunyai magnitud ketara 3.5. Buruj ini mengandungi dua buah bintang dengan planet-planet yang diketahui, termasuklah 55 Cancri, yang mempunyai sebuah bumi super dan empat buah gergasi gas, salah sebuah daripadanya adalah dalam zon kehidupan dan mempunyai suhu jangkaan yang serupa dengan Bumi. Yang terletak di pusat buruj ini ialah Prasepe (Messier 44), salah sebuah daripada gugusan terbuka yang terdekat dengan Bumi dan sasaran popular untuk ahli astronomi amatur.