Lentinula edodes Ciri-ciri mikologi:
|
Himenium berinsang
|
Pileus berbentuk cembung
|
Tangkai terdedah
|
Cetakan spora berwarna putih
|
Ekologi: Saprofit
|
Status sebagai makanan: Pilihan
|
|
Shiitake (椎茸), atau sering ditulis "shitake" (Lentinula edodes) ialah cendawan makan yang berasal dari Asia Timur yang terkenal di seluruh dunia dengan nama aslinya dalam bahasa Jepun. Shiitake secara harfiah bermaksud "cendawan dari pokok shii (Castanopsis cuspidata)" kerana batang pohonnya yang sudah reput menjadi tempat tumbuhnya cendawan ini.
Shiitake banyak ditanamkan di China, Korea dan Jepun, dan sering dijumpai di kawasan liar di di pergunungan di Asia Tenggara. Spesies ini dahulunya pernah dikenali sebagai Lentinus edodes. Ahli botani Inggeris bernama Miles Joseph Berkeley menamakan spesies ini sebagai Agaricus edodes pada tahun 1878.