Shiba inu

Shiba inu
Seekor shiba inu merah berusia tiga tahun
Nama lain
  • Shiba
  • Shiba inu Jepun
  • Shiba ken
Negara asalJepun
Trait
Berat Jantan 10 kg (22 lb)
Betina 8 kg (18 lb)
Tinggi Jantan 35–43 cm (14–17 in)
Betina 33–41 cm (13–16 in)
Bulu ganda
Warna merah, hitam dan sawo matang, krim, bijan, bijan hitam, bijan merah
Saiz perinduk purata 3 ekor anak anjing
Anjing (Canis lupus familiaris)
Shiba inu
"Shiba inu" dalam Kanji
Nama Jepun
Kanji柴犬
Kanaしば いぬ

Shiba inu atau hanya shiba ialah satu baka anjing pemburu dari Jepun. Sebagai baka kecil hingga sederhana, ia merupakan yang terkecil antara enam baka anjing asli dari Jepun. Shiba inu pada asalnya dibiakbakakan untuk perburuan.

Shiba inu ialah anjing kecil, berwaspada, dan tangkas yang sangat bagus dengan rupa bumi bergunung-ganang dan denai kembara. Penampilannya adalah serupa dengan baka anjing Jepun lain seperti anjing Akita atau anjing Hokkaido, tetapi shiba inu merupakan baka berbeza dengan susur galur, perangai, dan saiz lebih kecil tersendiri berbanding dengan anjing Jepun lain.