Syawarma
| Syawarma | |
|---|---|
Syawarma dalam roti pita | |
| Jenis | Daging |
| Tempat asal | Levant |
| Bahan utama | Daging: daging kambing, ayam, ayam belanda, lembu Sandwich: daging syawarma atau shaorma falafel, roti pita atau roti balut, sayur-sayuran cincang atau carik, jeruk dan pelbagai bahan perasa |
| Bahan yang biasa digunakan | Daging, sos, sayur, Roti pita, lavash |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Syawarma juga disebut shawarma atau shawurma (Arab: شاورما / ALA-LC: shāwarmā;), atau kebab gulung ialah penyediaan daging Arab Levant, di mana daging kambing, ayam, ayam belanda, lembu, anak lembu, atau campuran daging diletakkan pada pencucuk (biasanya pencucuk menegak dalam restoran), dan mungkin dibakar selama sehari. Sedikit cebisan daging kemudian dipotong daripada blok daging untuk hidangan, dan baki blok dibiarkan sambil dipanaskan pada pencucuknya. Syawarma boleh dihidangkan di atas pinggan (biasanya dengan iringan), atau sebagai sandwic atau balut. Syawarma biasanya dimakan dengan tabbouleh, fattoush, roti taboon, tomato, dan timun. Hiasan termasuk tahini, hummus, jeruk lobak, dan amba.
Hidangan yang sama dalam rantaunya termasuk döner kebab Turki dan gyro Yunani.