Sharul Kamal
Sharul Kamal | |
|---|---|
| Kelahiran | Muhammad Shahrul Amin bin Kamarozaman 3 Disember 1996 |
| Nama lain | Sharul AF2015, Sharul Kamal |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, komposer, penulis lirik, pengacara |
| Tahun aktif | 2015–kini |
| Pasangan | Raihan Amilin Mohd Roszaimi (k. 2022) |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Pop, Balada, Pop Rock, Muzik country |
| Alat muzik | Vokal, Gitar |
| Syarikat rakaman | Rocketfuel Entertainment |
| Kegiatan berkaitan | Aepul Roza, Akim Ahmad, Stacy, Sufi Rashid, Syamel |
Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman (lahir 3 Disember 1996) atau lebih dikenali sebagai Sharul Kamal ialah seorang penyanyi, pelakon, komposer, penulis lirik dan pengacara televisyen Malaysia. Beliau mula menceburi industri hiburan tanah air selepas menjadi finalis program realiti nyanyian popular Akademi Fantasia musim ke-12 pada tahun 2015. Sharul turut menganggotai kumpulan DUNYA sebagai vokalis yang membuat kemunculan sulung menerusi lagu debut berjudul "Kuala Lumpuh".