Stacy Anam

Stacy

Kelahiran
Stracie Angie Anam

(1990-08-18) 18 Ogos 1990
Nama lainUmmu Shaikhah Stacy binti Anam
Bunga Cantik
Pusat pendidikanLimkokwing University Of Creative Technology
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2008–kini
Kampung asalPenampang, Sabah
PasanganAkim Ahmad (k. 2016)
Anak-anak3
Ibu bapa
  • Anam Bayar (ayah)
  • Agnes Kaloos (ibu)
SaudaraChaQ (abang)
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikVokal
Syarikat rakamanMaestro Records
(2008-2009)
Astro Entertainment/Rocketfuel Entertainment
(2009–2018)
Warner Music Malaysia
(2011-kini)
Nova Music Malaysia
(2018-kini)
Rhythm & Rhyme Entertainment
(2019-kini)
Kegiatan berkaitanAdam AF2,
Adira,
Akim Ahmad
Shila Amzah
Altimet
SonaOne
Faizul Sany,
Audi Mok,
Firman Bansir,
KRU,
Ungu,
SM*SH

Ummu Shaikhah Stacy binti Anam ADK (lahir Stracie Angie Anam; 18 Ogos 1990) atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Stacy merupakan seorang penyanyi Malaysia yang terkenal dan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 6. Beliau berasal dari Kampung Tuavon, Penampang di Sabah. Beliau digelarkan sebagai Ratu Tari Malaysia kerana sering memberikan persembahan yang bertenaga serta kebolehannya dalam menjaga kestabilan vokal yang mantap ketika sedang menyanyi dan menari di atas pentas. Sebagai komposer dan penulis lirik, Stacy juga dikenali sebagai Bunga Cantik.